Gelora Di Hati Sara
Kisah bermula dengan kepulangan Asrul dan Sara yang baru menamatkan
pengajian dari luar negara ke Malaysia. Di luar pengetahuan keluarga
masing-masing, mereka sebenarnya sudah bernikah namun perkara itu
terpaksa disembunyikan kerana bimbang sikap keluarga Asrul terutama
ibunya, Datin Maria yang tidak suka anak berkahwin dengan pilihan
sendiri. Lakonan Rosyam Nor, Fauziah Latif, Datuk Rahim Razali, Aida
Rahim dan Watie.
La Usurpadora (Malay Subtitle)
Koleksi La Usurpadora dengan sarikata bahasa melayu. Direkod dari NTV7
sekitar tahun 2000. Harap maaf, playlist ini tidak bermula dari episod
pertama dan tidak berakhir sehingga episod terakhir.
Gila Bola (2003)
Damak, seorang pemuda kampung telah membawa diri ke bandar kerana
merajuk dengan sikap beberapa kawannya dalam pasukan bola sepak yang
menyalahkan dirinya. Ini kerana Damak gagal membuat sepakan penalti
yang amat penting bagi menentukan kalah menang pasukan mereka. Di
bandar, Damak bekerja di sebuah restoran makanan segera. Dia berkawan
dengan Lisa dan dalam tidak sedar mereka saling mencintai. Namun,
beberapa insiden berlaku terutama hadirnya orang ketiga, menyebabkan
cinta mereka bergol...